Tuesday, July 14, 2015

SEMESTER 6: MEMAHAMI ISLAM DAN HARTA SIRI 2


Disusun semula Oleh
Drs Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/3.15am

1. Pengertian harta dalam Islam.
Harta ialah suatu perkara yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada manusia melalui usaha dan ikhtiar mereka seperti rumah, tanah, kereta, bangunan, wang dan sebagainya. Islam memerintahkan umatnya mencari harta untuk memenuhi keperluan hidup   disamping menjadikannya sebagai ibadat. Harta adalah milik sementara yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia. Manusia bebas memiliki harta dan membelanjakannya. Harta menjadi ujian kepada manusia dan manusia wajib mencari dan membelanjaka
n harta secara halal.


2. Tiga syarat mencari harta supaya diterima menjadi ibadat :
● Ikhlas kerana Allah.
● Mencari harta dengan tidak meninggalkan ibadat fardhu dan tidak lalai.
● Tidak mengganggu kepentingan orang lain.
● Pemilikan harta mestilah berpandukan syariat Islam.

3. Konsep pemilikan harta menurut Islam ialah:
● Mencari harta mestilah mengikut cara Islam.
● Sebahagian dari harta mestilah dikeluarkan zakat.
● Tidak mengganggu kepentingan orang lain.
● Digunakan untuk manfaat diri dan masyarakat.

4. Alasan bahawa Islam menggalakkan umatnya memiliki harta .
● Ibadat zakat dan haji yang diwajibkan oleh Islam memerlukan harta sebanyak mungkin untuk 
dilaksanakan.
● Untuk membantu golongan yang miskin seseorang itu mestilah memiliki harta.
● Islam mewajibkan ketua keluarga menyediakan kemudahan asas bagi diri dan keluarga.
● Islam tidak menggalakkan umatnya bergantung kepada orang lain.

5. Cara membelanjakan harta agar ianya direhdai Allah.
● Infak kepada mereka yangberhakmenerimanya/derma/sedekah.
● Menggunakan harta untuk berjihad ke jalan Allah/amal jariah.
● Membina kemudahan asas.
● Mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.

6. Bentuk ujian terhadap manusia yang memiliki harta.
● Ditimpa bencana seperti bencana alam, kebakaran dan lain-lain.
● Menjadikan mereka sombong dan angkuh.
● Membelanjakan harta secara batil dan yang tidak diredha.
● Allah memudahkan lagi jalan mendapatkan harta.
● Kesibukan mencari harta hingga lupa tanggungjawab kepada Allah.

7. Maksud pembaziran harta ialah:
● Penggunaan harta pada jalan yang tidak diredha oleh Allah atau maksiat atau membelanjakan kepada perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah.

8. Sebab Islam melarang umatnya membazir.
● Melahirkan masyarakat mementingkan diri sendiri.
● Menyebabkan seorang itu terpaksa menanggung beban hutang dan membawa kemiskinan.
● Menghilangkan perasaan belas kasih dan kasih sayang dan bertimbangrasa.
● Menjejaskan ekonomi negara.
● Menyebabkan inflasi.

9. Kesan pembaziran terhadap ekonomi negara.
● Ekonomi sebuah negara tidak stabil.
● Berlaku inflasi ( nilai matawang jatuh dan harga barang meningkat ).
● Tabungan negara berkurangan.
● Membantutkan pembangunan negara.

10. Umat Islam masih lagi melakukan pembaziran kerana:
● Kurang didikan agama.
● Mementingkan diri sendiri atau mengikut hawa nafsu.
● Jahil tentang cara hidup Islam.
● Mementingkan kemewahan dunia.

11. Amalan membazir dapat dicegah dengan cara.
● Merancang perbelanjaan secara bersistematik.
● Membeli barangan mengikut keperluan.
● Bijak mengenal pasti mutu barangan.
● Kempen kesedaran tentang keburukan pembaziran.

TAJUK :  KONSEP HARTA DALAM ISLAM (MEMAHAMI CARA MEMPEROLEHI DAN MEMBELANJAKAN HARTA)
OBJEKTIF : Pelajar mengetahui cara mencari dan membelanjakan harta dengan cara yang dikehendaki syarak.
1 . Sumber-sumber Harta
Harta adalah anugerah atau kurniaan Allah SWT kepada manusia.  Harta boleh dimiliki oleh setiap manusia melalui usaha, ikhtiar mengikut keupayaan masing-masing.
Sumber harta yang halal ialah  harta yang diperolehi dengan cara yang baik dan diizinkan oleh syarak, tidak melakukan penindasan dan penganiayaan untuk mendapatkan harta.
Sumber harta yang haram ialah harta yang diperolehi melalui cara yang salah dan tidak diizinkan oleh syarak seperti merampas, mencuri, meniou, pecah amanah dan sebagainya.

1.    Cara Memperolehinya
a)    Cara memperoleh harta secara halal ialah;
i)              Berniaga secara jujur dan tidak melakukan penipuan.
ii)             Bekerja sendiri seperti bertani, bertukang, berternak dan sebagainya.
iii)            Bekerja makan gaji seperti menjadi guru, peguam, polis dan lain-lain.
iv)           Melaburkan wang dalam saham-saham yang berteraskan Islam.
b)    Cara memperoleh harta secara haram;
i)              Melakukan penipuan dalam perniagaan seperti mengurangkan sukatan.
ii)             Memperolehi harta dengan cara tidak sah melalui kekerasan dan zalim seperti merompak dan mencuri.
iii)            Memperoleh harta dengan cara menindas dan menganiaya orang lain seperti riba dan monopoli.
iv)           Memperolehi harta melalui aktiviti yang haram seperti menjual dadah, pecah amanah, menyeludup barangan dan sebagainya.
2.    Contoh pemilikan harta yang dilarang oleh Allah.
● Monopoli, riba, manipulasi, mencuri,rasuah dan salah guna kuasa
3.    Maksud monopoli ialah.
● Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang atau firma tertentu.
● Menyorok barang keperluan untuk dijual dengan harga yang mahal apabila sangat diperlukan.
4.1  Kesan monopoli ialah.
● Berlakunya penindasan/pergaduhan dan persengketaan dalam masyarakat.
● Berlakunya penipuan.
● Menjejaskan kepentingan pengguna.
● Mengikis sifat tamak/mementingkan diri.

4.     Maksud manipulasi
● Segala tindakan dan selok belok untuk memperdayakan atau mempengaruhi orang lain demi untuk mengaut keuntungan yang lebih.
● Menggunakan kemahiran untuk memperolehi keuntungan peribadi secara tidak sah, contohnya mengurangkan timbangan.

5.1  Keburukan manipulasi.
● Berlakunya penindasan/pergaduhan dan persengketaan dalam masyarakat.
● Berlakunya penipuan.
● Menjejaskan kepentingan pengguna.
● Mengikis sifat amanah dalam muamalah.
● Melahirkan sifat tamat/mementingkan diri.

5.    Maksud riba ialah.
● Pinjaman yang melibatkan tambahan akibat pertukaran barangan sejenis atau tambahan bayaran akibat masa atau penangguhan bayaran.

6.1 Implikasi amalan riba.
● Berlakunya penindasan.
● Melahirkan masyarakat mementingkan diri sendiri dan mementingkan  kemewahan.
● Dilaknati oleh Allah dan tidak diberkati.
● Melebarkan jurang perbezaan golongan kaya dengan golongan miskin.

6,2 Cara menghindari riba :
·         Berurusan dengan institusi kewangan yang berasaskan muamalat Islam
·         Membeli barangan secara tunai
·         Memberi penerangan yang jelas tentang keburukan riba kepada masyarakat melalui ceramah atau risalah.

6      Maksud spekulasi.
● Proses serta aktiviti/perihal/perlakuan yang keterlaluan mendorong individu membeli dan menjual sesuatu dengan harapan untuk mendapat keuntungan besar tetapi memikul risiko tinggi. 

6   7.     Sebab Islam mengharamkan perbuatan spekulasi.
     ● Mengharapkan keuntungan cepat tanpa berusaha/hanya bergantung kepada nasib.
     ● Terdedah kepada risiko yang besar.
     ● Merosakkan sistem muamalat ( sistem jualbeli ) Islam

8      Kesan buruk jika manusia diberi kebebasan sepenuhnya memiliki harta.
● Lalai tanggungjawab kepada Allah.
● Bersikap sombong dan bakhil.
● Menjejaskan kepentingan orang lain.

9     Cara membelanjakan  Harta ;
a.    Membelanjakan harta untuk diri sendiri dan keluarga
i.      Menyara diri sendiri dan keluarga untuk pelbagai keperluan seperti makanan, minuman, pakaian, menyediakan tempat tinggal, perubatan dan perkara yang berhubung dengannya.
ii.     Menafkahkan harta untuk keperluan orang-orang berada di bawah tanggungan  seperti ibu, bapa dan kaum keluarga.
iii.    Membelanjakan harta dengan berhemat tanpa pembaziran.  
                                                                     
b.    Membelanjakan harta untuk kepentingan masyarakat umum.
i.      Membelanjakan harta untuk kebajikan umum seperti sedekah, derma dan membantu orang yang tidak mampu.
ii.     Memberi bantuan kepada institusi masyarakat seperti masjid, surau, hospital, sekolah dsb.
iii.    Memberi bantuan orang yang ditimpa bencana seperti membantu mangsa banjir, kebakaran, penyakit kritikal dsb.

c.    Membelanjakan harta untuk perjuangan Islam.
i.      Harta diperlukan untuk menyediakan kelengkapan tentera bertujuan mempertahankan diri daripada pencerobohan musuh.
ii.     Dalam bidang dakwah, banyak wang yang diperlukan untuk melicinkan lagi kegiatan dakwah dan lain-lain kelengkapan agar dakwah dapat berjalan lancar.

d.    Membelanjakan harta untuk kepentingan Negara.
i.    Melaburkan wang untuk memajukan perkembangan ekonomi Negara.
ii.     Mengeluarkan  zakat harta dan membayar cukai seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.
iii.    Melaburkan wang bagi membantu kerajaan menyediakan kelengkapan tentera bagi membantu mempertahankan Negara.

4 comments:

  1. langkah-langkah untuk menjauhi monopoli, manipulasi dan pembaziran mana?

    ReplyDelete
  2. langkah-langkah untuk menjauhi monopoli, manipulasi dan pembaziran mana?

    ReplyDelete