Wednesday, July 15, 2015

SEM 6 : PENYELESAIAN MASALAH IKUT ISLAM SIRI 1


Disusun Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/3.00 am

ASAS DAN PERTIMBANGAN PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
7.1.1.   Pengertian penyelesaian masalah.
·         Menyelesaikan masalah manusia berasaskan syariat Islam yang                     merangkumi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial dan                   perundangan.

Tuesday, July 14, 2015

SEM 6: FALSAFAH IBADAH DALAM ISLAM SIRI 1


Disusun Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/2.35pm

PENGERTIAN IBADAH

6.1.1.    Pengertian ibadah.
     Ibadat ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT sama ada melalui perkataan, perbuatan atau pengakuan hati yang berlandaskan peraturan syarak
6.1.2.    Dalil berkaitan ibadah ( al-Dzariyat : 56):
·       Beribadat kepada Allah adalah matlamat utama penciptaan manusia.
·       Beribadat kepada Allah adalah bukti kecintaan manusia kepada penciptanya.

SEM 6: PERUNDANGAN ISLAM SIRI 1


Disusun Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/1.00pm

PENGERTIAN PERUNDANGAN ISLAM DAN FALSAFAH

5.1.1      Pengertian dan dalil perundangan Islam. ( al- Maidah : 49 )
·      Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia yang mencakupi segala aspek kehidupan manusia merangkumi aqidah, syariah, akhlak dsb bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 
     Surah al- Maidah : 49:

SEM 6: MUAMALAT MENURUT ISLAM SIRI 1


Disusun Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/12.45pm


TAJUK : MEMAHAMI PENGERTIAN MUAMALAH MENURUT ISLAM
4.1.1      Pengertian muamalah.
·         Muamalah ialah tatacara hubungan sesama manusia untuk mendapatkan
       keperluan masing-masing mengikut ajaran Islam.
4.1.2            Matlamat muamalah
·         Menjamin keselamatan harta yang dimiliki oleh seseorang dan juga dapat   mengelakkan penipuan, penindasan, penganiayaan dll.
·         Melahirkan masyarakat yang adil, jujur dan amanah kerana sistem ini         berdasarkan prinsip keadilan.
·         Memudahkan manusia menikmati kurniaan Allah dengan cara yang betul   dan diredhai.
·         Melahirkan masyarakat yang bekerjasama dan mengeratkan silaturrahim.

SEM 6 : ISLAM DAN PEKERJAAN SIRI 1


Disusun semula Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/12.20pm


ISLAM DAN PEKERJAAN; GALAKAN BEKERJA DALAM ISLAM

PENGERTIAN BEKERJA
Pekerjaan menurut Islam ialah satu kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan sumber rezeki yang berbentuk wang atau harta yang halal.  Pekerjaan merupakan satu bidang kehidupan manusia untuk memperoleh dan mendapatkan harta benda bagi memenuhi keperluan hidup.  Pekerjaan juga boleh menjadi sebahagian daripada ibadat jika dilakukan semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T. dan mengikut syarat-syarat yang tertentu.

SEM 6: ISLAM DAN HAK MILIK SIRI 1


Disusun semula Oleh:
Drs.Norazli bin Aziz
15/7/2015/Rabu/12.00pm

Kepentingan hak milik harta kepada manusia.
·         Hak milik membolehkan pemiliknya mempunyai keistimewaan yang menghalang   orang lain daripada mencerobohi harta tersebut.
·         Pemilik berkuasa terhadap pentadbiran dan pengurusannya.

Konsep kebebasan dalam pemilikan harta.
Konsep kebebasan dalam pemilikan harta adalah berdasarkan ketetapan berikut:
·      Pencarian dan pemilikan dilakukan secara halal
·      Tiada unsur-unsur khianat yang mengganggu kepentingan awam.
·      Tidak mengganggu dan menjejaskan kepentingan orang ramai spt sungai,    laut, padang rumput dan udara.

SEMESTER 6: MEMAHAMI ISLAM DAN HARTA SIRI 2


Disusun semula Oleh
Drs Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/3.15am

1. Pengertian harta dalam Islam.
Harta ialah suatu perkara yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada manusia melalui usaha dan ikhtiar mereka seperti rumah, tanah, kereta, bangunan, wang dan sebagainya. Islam memerintahkan umatnya mencari harta untuk memenuhi keperluan hidup   disamping menjadikannya sebagai ibadat. Harta adalah milik sementara yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia. Manusia bebas memiliki harta dan membelanjakannya. Harta menjadi ujian kepada manusia dan manusia wajib mencari dan membelanjaka