Tuesday, July 14, 2015

SEM 6: ISLAM DAN HAK MILIK SIRI 1


Disusun semula Oleh:
Drs.Norazli bin Aziz
15/7/2015/Rabu/12.00pm

Kepentingan hak milik harta kepada manusia.
·         Hak milik membolehkan pemiliknya mempunyai keistimewaan yang menghalang   orang lain daripada mencerobohi harta tersebut.
·         Pemilik berkuasa terhadap pentadbiran dan pengurusannya.

Konsep kebebasan dalam pemilikan harta.
Konsep kebebasan dalam pemilikan harta adalah berdasarkan ketetapan berikut:
·      Pencarian dan pemilikan dilakukan secara halal
·      Tiada unsur-unsur khianat yang mengganggu kepentingan awam.
·      Tidak mengganggu dan menjejaskan kepentingan orang ramai spt sungai,    laut, padang rumput dan udara.

 Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dalam pemilikan harta.
·         Menggunakan harta ke arah keredhaan Allah.
·         Tidak membazir dan melampaui batas
·         Tidak menggunakannya ke arah maksiat
·         Mengeluarkan zakat bila cukup syarat.
·         Pemilikan harta daripada sumber yang halal.
·         Tidak sombong apabila memiliki harta

 Peranan harta yang boleh membawa kebahagian di dunia dan akhirat.
·         Memenuhi keperluan manusia
·         Memberi keselesaan kepada manusia melalui kurniaan Allah daripada makanan, minuman, pakaian dsb.
·         Memenuhi naluri manusia berkehendakkan kepada harta.
·         Mendorong manusia untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan harta secara halal.
·         Alat untuk mencapai kebahagian melalui ibadat yang menggunakan harta seperti haji, zakat, sedekah dsb.
·         Merapatkan hubungan sesama manusia contohnya sedekah dll.

Sebab-sebab Allah membataskan hak milik harta kepada manusia.
·         Agar manusia tidak lupa kepada Allah.
·         Mengelakkan manusia sombong dan bangga diri.
·         Mengelakkan manusia terlalu mencintai harta benda hingga mengabaikan             tanggungjawab kepada Allah.

Redha dengan ketentuan Allah.
·         Bersyukur dengan nikmat rezeki yang diperolehi.
·         Mempunyai sifat zuhud dan qanaah
·         Berusaha semaksima mungkin dan berserah kepada Allah.

Cara pemilikan harta mengikut cara yang dibenarkan Islam.
·         Tidak dengan cara zalim, menindas dan merampas hak orang lain.
·         Harta yang berkat ialah diperolehi dengan cara dan sumber yang halal.

 Kesan-kesan sekiranya tiada pengiktirafan terhadap hak milik
·         Melemahkan semangat manusia untuk berusaha mendapatkan harta.
·         Manusia tidak bebas untuk mengguna dan memanfaatkan harta yang dimiliki.

·         Harta tidak akan dapat kepada pewaris.

MEMATUHI LARANGAN MENCEROBOHI HARTA ORANG LAIN

Pengertian pencerobohan harta.
·       Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah disisi syarak ataupun  membelanjakan harta kepada perkara yang tidak berfaedah.
·        Mengetahui dalil larangan pencerobohan harta. Surah Al-Baqarah:188:
Bentuk-bentuk pencerobohan harta.
·         Mendapat harta dengan cara yang salah seperti mencuri, merompak, menipu   dan menindas.
·         Menyalahkan kuasa seperti rasuah dan pecah amanah.
·         Tidak mengeluarkan zakat
 Keburukan pencerobohan harta.
·         Harta tidak diberkati Allah
·         Melahirkan individu yang tamak dan pentingkan diri sendiri
·         Menjatuhkan maruah diri.
·         Timbul rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat .
·         Berlaku penindasan dan penganiayaan kepada orang yang lemah.
·         Menimbulkan ketakutan dan kebimbangan di kalangan orang ramai.
·         Kekayaan negara dimonopoli oleh kelompok tertentu sahaja.
·         Pentadbiran negara menjadi kucar jkacir dan negara menjadi lemah.

Punca-punca berlakunya pencerobohan harta.
·         Tiada penghayatan agama dalam diri
·         Terpengaruh kehidupan mewah
·         Masalah kemiskinan
·         Sifat pentingkan diri dan tamak.

 Langkah-langkah untuk membendung pencerobohan harta.
·         Menerapkan didikan agama kepada masyarakat.
·         Pihak pemerintah perlu menguruskan kehidupan rakyat dengan adil dan           saksama.
·         Menguatkuasakan undang-undang.

No comments:

Post a Comment