Tuesday, July 14, 2015

SEM 6 : ISLAM DAN PEKERJAAN SIRI 1


Disusun semula Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/12.20pm


ISLAM DAN PEKERJAAN; GALAKAN BEKERJA DALAM ISLAM

PENGERTIAN BEKERJA
Pekerjaan menurut Islam ialah satu kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan sumber rezeki yang berbentuk wang atau harta yang halal.  Pekerjaan merupakan satu bidang kehidupan manusia untuk memperoleh dan mendapatkan harta benda bagi memenuhi keperluan hidup.  Pekerjaan juga boleh menjadi sebahagian daripada ibadat jika dilakukan semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T. dan mengikut syarat-syarat yang tertentu.


DALIL KEWAJIPAN BEKERJA
Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha mencari harta dengan bersungguh-sungguh.  Islam juga memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka yang bekerja.
Islam melarang umatnya daripada sikap malas dan menganggur kerana ia tidak mencerminkan ajaran Islam yang menuntut kepada kesungguhan dalam mencapai sesuatu perkara.

 
MATLAMAT BEKERJA
Mendapatkan keredaan Allah S.W.T. iaitu dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. kerana Allah S.W.T. untuk mencari rezeki yang halal dan sebagainya.

Untuk memenuhi keperluan sendiri dan keluarga.  Ini kerana Islam mewajibkan pekerjaan untuk memenuhi keperluan seperti makan, minum, tempat tinggal dan sebagainya.

Meningkatkan kadar pendapatan negara sekaligus menyumbangkan kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara.

Mengelakkan diri daripada bergantung hidup dan budaya meminta-minta di kalangan masyarakat kerana budaya ini tidak selari dengan ajaran Islam.

PEKERJAAN YANG DIGALAKKAN DALAM ISLAM
Islam tidak mengkhususkan umatnya supaya bekerja dalam bidang-bidang tertentu sahaja, sebaliknya menggalakkan mereka supaya bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan. Kepelbagaian bidang pekerjaan ini termasuklah bidang perniagaan, perkilangan, 
perusahaan, pertanian dan sebagainya.  Seseorang individu yang terlibat di dalam mana-mana cabang pekerjaan ini perlulah berteraskan keikhlasan kepada Allah S.W.T. iaitu mahu mencari rezeki yang halal. 

Pekerjaan yang halal boleh dibahagikan kepada dua bahagian :
Bekerja sendiri.  Islam menggalakkan umatnya bekerja sendiri seperti berniaga, bertani, menjadi nelayan dan menternak.

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : “Sembilan per sepuluh daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan “

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : “Sebaik-baik pekerjaan adalah dengan tangan sendiri (usahawan)”

Makan gaji.  Pekerjaan makan gaji atau mengambil upah bermaksud seseorang itu memberikan khidmatnya samada dalam bentuk pemikiran atau tenaga, kemudian menerima upah daripada khidmat tersebut.

Pekerjaan makan gaji ini penting kepada manusia kerana ia juga menyediakan pelbagai kemudahan asas dan member perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh manusia.  Bidang pekerjaan ini meliputi kerjaya sebagai guru, pegawai, polis, bomba, kerani, buruh dan sebagainya.  Kadar upah yang diberikan adalah berdasarkan kepada kemahiran dan kebolehan seseorang.  Kadar upah kepada pekerja mahir adalah lebih tinggi daripada pekerja separuh mahir.

KEBAIKAN PEKERJAAN YANG HALAL DAN KEBURUKAN PEKERJAAN YANG HARAM.

1.    Kebaikan pekerjaan yang halal :
a)    Diri dan keluarga :
i.              Mendapat keredaan Allah S.W.T. dengan melakukan kerja yang halal.
ii.            Mendapat ketenangan dan keamanan jiwa.
iii.           Menjadi teladan dan dicontohi masyarakat.
iv.           Mendatangkan  kesejahteraan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat.
v.            Boleh mengelakkan sebarang bentuk ancaman dan gangguan kepada seseorang individu.
b)    Masyarakat :
i.              Masyarakat hidup aman dan makmur tanpa gangguan.
ii.            Mewujudkan perpaduan dan semangat kerjasama antara satu sama lain.
iii.           Taraf hidup masyarakat semakin maju dan meningkatkan ekonomi dalam masyarakat.
c)    Negara :
i.              Ekonomi negara semakin maju dan berkembang,
ii.            Menarik minat pelabur asing melabur dalam negara.
iii.           Menjadi contoh dan teladan kepada negara luar.
iv.           Meningkatkan produktiviti dan kualiti negara.
2.    Keburukan pekerjaan yang haram :
a)    Diri dan keluarga :
i.              Tidak mendapat keredaan dan keberkatan Allah S.W.T.
ii.            Hidup dibelenggu rasa bersalah dan berdosa kepada keluarga dan masyarakat.
iii.           Tidak mendapat ketenangan jiwa.
iv.           Dipandang serong oleh masyarakat.
b)    Masyarakat :
i.              Berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat
ii.            Kehidupan masyarakat semakin mundur.
iii.           Hidup masyarakat sentiasa dalam ketakutan dan kebimbangan.
c)    Negara :
i.              Ekonomi negara tidak stabil
ii.            Negara akan berada dalam keadaan kucar kacir.
IMPLIKASI KEHIDUPAN TANPA PEKERJAAN.

Islam melarang umatnya hidup menganggur.  Tidak melakukan sebarang pekerjaan akan menimbulkan kesan negarif kepada diri, masyarakat dan negara.  Implikasi kehidupan tanpa pekerjaan adalah seperti berikut:

 Diri sendiri :
i.              Hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai wang bagi memenuhi keperluan hidup.
ii.            Tidak disukai oleh masyarakat kerana hidup dengan belas ihsan orang lain.
  Masyarakat :
i.              Masalah jenayah akan berleluasa
ii.            Menimbulkan masalah sosial seperti lepak, berpeleseran dan sebagainya.
           Negara :
i.              Tenaga kerja yang berkurangan untuk membantu memajukan negara.
ii.            Ketiadaan wang menyebabkan kuasa membeli barangan keluaran negara berkurangan, ini merencatkan perkembangan ekonomi negara.

iii.           Negara tidak maju dan mundur

MEMAHAMI TUNTUTAN BEKERJA KERANA ALLAH 
3.2.1      Pengertian bekerja kerana Allah.
·         Melakukan aktiviti yang dibenarkan syarak secara berterusan untuk mencari     nafkah kerana Allah.

3.2.2      Dalil berkaitan bekerja kerana Allah. Surah At-Taubah:105

3.2.3            Bekerja sebagai amanah Allah S.W.T.
·         Salah satu cara melaksanakan amanah Allah ialah melalui pekerjaan.
·         Umat Islam boleh melaksanakan pelbagai pekerjaan berdasarkan kemahiran   mereka.
·         Islam menggalakkan umatnya melakukan penyelidikan dalam bidang               perubatan, astronomi, kejuruteraan dsb.
·         Islam menggalakkan umatnya mencipta peralatan baru bagi kemudahan           hidup manusia selagi tiada kemudaratan.

3.2.4            Syarat-syarat sesuatu pekerjaan menjadi ibadah.
·         Pekerjaan yang halal dari segi sumber, cara dan kaitannya.
·         Tidak mengganggu kepentingan awam.
·         Bermatlamatkan keikhlasan serta untuk mendapat keredhaan Allah semata-     mata.

3.2.5            Etika kerja Islam.
·         Bekerja kerana Allah dan mengharapkan ganjaran pahala.
·         Amanah dalam melakukan pekerjaan.
·         Bekerja dengan cekap dan pantas agar produktiviti meningkat.
·         Bekerja dengan tekun bersungguh-sungguh dan penuh semangat.
·         Bersikap tolerasi dalam pekerjaan terutama kerja berkumpulan untuk               mengelakkan dengki, dendam dan iri hati.

3.2.6            Langkah-langkah untuk mempertingkatkan kualiti kerja dalam Islam.
·         Sentiasa bermatlamatkan keredhaan dan keberkatan Allah.
·         Mempunyai perancangan yang kemas lengkap dan tersusun.
·         Merangka strategi yang betul dan sesuai dengan situasi kerja.
·         Menghasilkan produktiviti yang berkualiti tinggi dalam kuantiti yang banyak.
·         Berdisiplin dan menepati masa.
·         Sentiasa mematuhi arahan ketua selagi tidak bercanggah dengan syarak.

3.2.7      Kelebihan bekerja kerana Allah S.W.T.
·         Beramanah dalam melaksanakan kerja.
·         Melahirkan pekerja yang tekun, cekap dan bersungguh-sungguh.
·         Dapat menghasilkan produk yang berkualiti.
·         Pelanggan berpuashati dan menjadi pembeli tetap.

No comments:

Post a Comment