Tuesday, July 14, 2015

SEMESTER 6: MEMAHAMI ISLAM DAN HARTA SIRI 1


Disusun Semula Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/03.00am

Pengertian Harta
Harta adalah suatu perkara yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui usaha dan ikhtiar mereka seperti rumah, tanah, kereta, bangunan, wang dan sebagainya.


Harta terbahagi kepada dua;

a. Harta boleh alih seperti kereta, wang dan saham.
b. Harta tidak boleh alih seperti tanah, rumah dan kebun.



Harta Hak Milik Allah SWT

Segala bentuk harta benda yg berada di muka bumi ini samada di darat, dilaut dan diangkasa semuanya adalah milik mutlak Allah swt kerana alam ini dan segala isinya adalah ciptaanNya.


Walaubagaimana pun semua harta itu diciptakan untuk faedah dan kegunaan manusia. Tujuannya adalah supaya harta itu digunakan untuk memaju dan memakmurkan alam ini untuk faedah semua makhluq.



Oleh kerana semua harta adalah milik Allah SWT, maka manusia hendaklah menguruskannya mengikut peraturan dan cara yang dikehendaki oleh Allah SWT.



Harta benda adalah nikmat sementara dan pengurusan harta dengan baik akan diberi ganjaran.

Harta yang diperolehi oleh seseorang manusia semasa berada di dunia adalah nikmaty Allah SWT yg bersifat sementara kerana apabila seseorang manusia itu menianggal, ia tidak akan dapat lagi menikmati harta yang diusahakannya.


Pengurniaan harta adalah bergantung dengan kehendak Allah SWT. Begitu juga seseorang yg memiliki harta yg banyak akan diambil hartanya jika dikehendaki oleh Allah SWT.



Untuk menjamin kejayaan, usaha pengurusan dan cara pengendalian harta yang betul hendaklah dilaksanakan seperti berikut:



i.    Mencari harta kekayaan dengan cara yang diredhoi oleh Allah SWT.

ii    Mengamalkan akhlaq-akhlaq yg mulia semasa menjalankan kegiatan pengurusan harta.
iii   Kegiatan ekonomi yg dijalankan hendaklah dapat memberi manfaat kepada semua manusia dan makhluq.
iv   Semua kegiatan pengurusan harta hendaklah berteraskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
v    Pengurusan harta yang dijalankan hendaklah bertujuan untuk membantu menolong dan menjalinkan hubungan baik dengan sesama manusia.


Harta merupakan dugaan Allah SWT

Harta yang dimiliki oleh manusia tidak dikurniakan oleh Allah SWT begitu sahaja tanpa ada apa-apa tanggung-jawab, tetapi ia merupakan suatu bentuk duhaan dan ujian daripada Allah SWT.


Ujian tersebut ialah dalam bentuk penggunaan harta iaitu tentang cara manusia membelanjakan harta tersebut dan apakah sikap yang akan ditunjukkan oleh mereka apabila memiliki harta yang banyak.



Hasil daripada ujian tersebut akan dibentangkan diakhirat kelak/ Orang-orang yang menguruskan harta-bendanya mengikut kehendak yg ditetapkan Islam akan dibalas dengan balasan baik. Manakala orang yang menyalah-gunakan hartanya iaitu menguruskan harta tidak mengikut kehendak Islam akan dikenakan azab yang pedih.



Bentuk ujian Allah SWT terhadap manusia yg memiliki banyak harta;

i    Allah SWT memudahkan lagi jalan mendapatkan harta menyebabkan timbul perasaan ghairah dan seronok mencari harta.
ii   Menjadikan seseorang manusia itu kedekut dan bakhil dengan harta yang dimilikinya.
iii  Menjadikan mereka sombong dan angkuh kerana mempunyai banyak harta.
iv  Mengabaikan perintah Allah SWT kerana sibuk mencari harta dan leka dengan kehidupan dunia.
v   Membelanjakan harta dengan cara batil dan terhadap perkara yang tidak berfaedah.


Cara bersyukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan harta;

i.   Membelanjakan harta pada jalan yang halal dan terhadap perkara-perkara yang memberi manfaat.
ii   Mengeluarkan zakat harta tersebut pada waktu yang ditetapkan tanpa berlengah.
iii  Menggunakan harta untuk membantu org yg lebih memerlukan, menderma, menolong orang lain dan lain-lain amal kebajikan.
iv  Tidak membazirkan harta dengan berbelanja secara berlebihan dan boros.
v   Menggunakan harta untuk beribadat dan menunaikan ibadat hai.
vi  Tidak kedekut dan bakhil ketika membelanjakan harta.


HARTA ADALAH AMANAH ALLAH SWT

Harta adalah amanah Allah SWT kepada manusia melalui usaha sendiri.


Harta yang dimiliki oleh manusia adalah amanah Allah SWT supaya manusia menggunakannya untuk memakmurkan alam bagi faedah semua makhluk.



Manusia hendaklah berusaha mengerahkan segala tenaga dan usaha untuk mencari harta itu kerana Allah SWT tidak akan mengurniakannya begitu sahaja tanpa usaha dan bekerja.



Manusia hendaklah menguruskan harta dengan sebaik mungkin supaya mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Sebab harta adalah amanah Allah SWT ialah:

i   Supaya manusia menguruskan semua harta benda dengan sebaik mungkin mengikut yang ditetapkan oleh Allah SWT.
ii  Supaya manusia berusaha bersungguhsungguh mencari harta.
iii Supaya manusia tidak sombong dan berbangga dgn harta yg dimilikinya.
iv Supaya manusia tidak menggunakan harta secara membazir


Islam menyuruh mencari harta dengan cara yang halal

Islam tlh menetapkan bahawa cara untuk mencari harta hendaklah dengan jalan yg halal dan sah. Syarat ini ditetapkan utk mengelakkan daripada berlaku penganiayaan, kezaliman, pergaduhan dan permusuhan dlm masyarakat. Jika tidak ditetapkan syarat, nescaya manusia akan sanggup melakukan apa sahaja utk memperolehi harta walaupun dengan jalan yang salah..


Ini bermakna Islam melarang kegiatan mencari harta dengan cara menipu, merampas, mencuri dan sebarang kegiatan yg boleh menganggu kepentingan orang ramai.



Mencari harta secara halal adalah ibadat.

Mencari harta dgn cara yg halal boleh mewujudkan hubungan silaturrahim, melahirkan perasaan tanggung-jawab dan boleh membawa kesejahteraan dlm masyarakat.


Untuk menggalakkan manusia mencari harta dengan cara yg halal, Islam menetapkan bahawa kegiatan tersebut adalah salah satu daripada bidang ibadat yg akan diberi ganjaran pahala. Bidang ini termasuk di dalam ibadat umum. 



Kegiatan ini bertambah mulia jika dilakukan untuk menyara kehidupan keluarga dan membantu org yg memerlukan.



Islam menuntut supaya mencari harta secara halal berdasarkan sebab berikut;

i    Dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat kerana harta yg halal diberkati oleh Allah SWT.
ii   Dapat mengelak daripada berlaku penindasan dan penganiayaan terhadap golongan lemah seperti mendapatkan harta cara monopoli, riba dan rasuah.
iii  Mengelak daripada berlaku permusuhan, kemarahan dan rasa tidak puas hati antara satu sama lain seperti mendapatkan harta dengan cara manipulasi.



1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa | Dr.MCD
    Borgata Hotel Casino & Spa, Atlantic City, New 사천 출장샵 Jersey, United 당진 출장마사지 States - Map - 군포 출장안마 Check for 충청남도 출장마사지 violations or 거제 출장안마 other gambling-related issues. Hours, Wi-Fi

    ReplyDelete