Tuesday, July 14, 2015

SEM 6: MUAMALAT MENURUT ISLAM SIRI 1


Disusun Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/12.45pm


TAJUK : MEMAHAMI PENGERTIAN MUAMALAH MENURUT ISLAM
4.1.1      Pengertian muamalah.
·         Muamalah ialah tatacara hubungan sesama manusia untuk mendapatkan
       keperluan masing-masing mengikut ajaran Islam.
4.1.2            Matlamat muamalah
·         Menjamin keselamatan harta yang dimiliki oleh seseorang dan juga dapat   mengelakkan penipuan, penindasan, penganiayaan dll.
·         Melahirkan masyarakat yang adil, jujur dan amanah kerana sistem ini         berdasarkan prinsip keadilan.
·         Memudahkan manusia menikmati kurniaan Allah dengan cara yang betul   dan diredhai.
·         Melahirkan masyarakat yang bekerjasama dan mengeratkan silaturrahim.
4.1.3            Ciri-ciri muamalah Islam.
·         Memberi manfaat.
·         Tiada penipuan
·         Keredhaan kedua-dua pihak yang berurusan
·         Berlandaskan prinsip keadilan
·         Tidak membebankan mana-mana golongan

4.1.4            Syarat-syarat sah muamalah secara am
·         Mendapat persetujuan daripada pihak yang melakukan muamalah.
·         Orang yang bermuamalah mestilah berakal.
·         Tiada unsur-unsur penipuan.


4.1.5            Muamalah yang tidak sah.
·         Mengandungi unsur penindasan, perjudian dan penipuan.
·         Memperniagakan barangan yang tidak halal dan suci.
·         Menjual barang yang belum pasti kewujudannya atau sifatnya.

4.1.6            Konsep bekerjasama (al-ta’awun) dalam muamalah :
·         Manusia memerlukan bantuan dan kerjasama antara satu sama lain           untuk memahami keperluan hidup.
·         Islam menggalakkan umatnya tolong menolong. Dalil surah   Al-Maidah: 2
·     Islam menuntut kerjasama di dalam perkara yang membawa kebaikan    seperti dalam jual beli, persyarikatan dan gadaian.
·        Islam melarang kerjasama dalam perkara yang membawa keburukan.

·    Dalam urusan jualbeli, sewaan, pajak gadai dan syarikat mengandungi  unsur tolong menolong antara kedua belah pihak. 

MEMAHAMI PELBAGAI JENIS MASALAH

4.2.1      Beza antara sistem muamalat Islam dengan sistem konvesional.

SISTEM ISLAM
SISTEM KONVENSIONAL
Tiada unsur penindasan dan penganiayaan
Berasaskan unsur-unsur penindasan dan penganiayaan
Mengikut fahaman Islam dalam perniagaan
Berasaskan fahaman kapitalis dan sosialis
Memberi galakan kepada umatnya membantu golongan yang memerlukan
Mengutamakan keuntungan semata-mata dan mengabaikan kebajikan
Menggalakkan umat Islam mendapatkan harta dengan cara halal
Mendapatkan harta dengan pelbagai cara tidak kira halal atau haram
Harta sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah.
Harta adalah matlamat hidup

4.2.2.    Menyatakan pengertian
I.     al-Wadiah – simpanan tanpa faedah.
II.    al-Mudharabah – berkongsi modal dan keuntungan tanpa perkongsian kerja
III.    Al- Murabahah – jual sesuatu dengan menyatakan modal dan jumlah                  keuntungan
IV.    Al-Musyarakah – berkongsi modal, kerja dan keuntungan.
V.     Al-Rahn – pajak gadai Islam
VI.    Al-Ijarah – sewa menyewa
VII.   Al-Bait bil-thamanin ajil ( jualan tertangguh) – beli secara bayaran ansuran
VIII. Takaful – Insuran Islam berkonsepkan tolong menolong.

4.2.3.    Menjelaskan keburukan bermuamalat tidak mengikut cara Islam.
·         Melahirkan individu yang tamak haloba
·         Manusia menjadi kurang kreatif dan inovatif
·         Masyarakat tidak bersatu padu kerana tiada tolong menolong
·         Berlaku penindasan terhadap golongan yang lemah
·         Agihan kekayaan negara berlaku secara tidak adil
·         Ekonomi negara menjadi lemah

No comments:

Post a Comment