Tuesday, July 14, 2015

SEM 6: FALSAFAH IBADAH DALAM ISLAM SIRI 1


Disusun Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/2.35pm

PENGERTIAN IBADAH

6.1.1.    Pengertian ibadah.
     Ibadat ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT sama ada melalui perkataan, perbuatan atau pengakuan hati yang berlandaskan peraturan syarak
6.1.2.    Dalil berkaitan ibadah ( al-Dzariyat : 56):
·       Beribadat kepada Allah adalah matlamat utama penciptaan manusia.
·       Beribadat kepada Allah adalah bukti kecintaan manusia kepada penciptanya.


6.1.3.           Pembahagian ibadah.
Ibadat terbahagi kepada ibadat umum dan ibadat khusus
IBADAT UMUM
IBADAT KHUSUS
Ialah pengabdian diri secara tidak langsung kepada Allah SWT menerusi  urusan duniawi yang berkaitan dengan hubungan sesama makhluk yang berlandaskan akidah dan syariah Islam. Contohnya seperti menuntut ilmu, bekerja mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga dan sebagainya.
Ialah suatu bentuk pengabdian diri setiap hamba kepada Allah SWT secara langsung bagi mendapat keredhaanNya.  Contohnya melaksanakan kelima-lima rukun Islam , puasa sunat, membaca Al Quran, zikir dan sebagainya.

6.1.4.    Perkaitan ibadah khusus dan umum .
·       Menunaikan ibadat khusus adalah syarat ibadat umumnya diterima.  Contohnya seorang peniaga yang meninggalkan solat fardu, maka perniagaannya tidak dikira sebagai ibadat, sebaliknya jika peniaga tidak meninggalkan solat fardu, barulah perniagaannya boleh dikira sebagai ibadat.

IBADAT KHUSUS
IBADAT UMUM
Menghapuskan segala dosa kecil
Menghapuskan akhlak buruk dalam masyarakat
Melahirkan individu yang berjiwa dan berhati bersih
Melahirkan masyarakat yang aman dan sejahtera
Melahirkan individu yang taat kepada perintah Allah SWT
Melahirkan masyarakat yang taat kepada pemerintah
Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan
Meningkatkan ekonomi dan membangunkan negara.
6.1.5.     Sebab-sebab  ibadah rosak:
·         Murtad, syirik dan munafik.
·         Takbur – sikap membesarkan diri.
·         Riak – menunjuk-nunjuk amalan baik yang dilakukan.
·         Ujub – kagum dengan amalan sendiri serta sombong dalam melakukan           sesuatu ibadat serta memandang rendah dan memperlekehkan amalan           orang lain.
·         Sum’ah – menceritakan amalan baik yang dilakukan kepada orang lain             dengan tujuan mendapat pujian.
·         Mengungkit-ungkit – mengungkit kembali kebaikan dan bantuan yang               diberikan kepada orang lain dengan tujuan jasa dan pertolongan yang             diberikannya sentiasa dikenang.
·         Aza – perkataan atau perbuatan yang dilakukan terhadap orang yang               diberikan bantuan dengan tujuan menyakitkan hatinya.
·         Hasad dengki – iri hati atau rasa benci dengan nikmat dan kebaikan yang         diperolehi oleh orang lain dan berusaha agar nikmat tersebut hilang daripada   orang itu.
6.1.6.     Cara-cara meningkatkan kualiti ibadah kepada Allah:
·         Mendalami ilmu pengetahuan tentang peraturan-peraturan sesuatu ibadat itu.
·         Berusaha untuk memahami maksud atau erti yang terkandung dalam               bacaan-bacaan dalam amalan ibadat seperti bacaan dalam solat.
·         Dengan sentiasa berusaha membersihkan diri dan hati agar sesuatu ibadat     yang dilakukan dapat dibuat dengan khusyuk dan tenang.
·         Cuba mengenal pasti dan menghayati tentang kepentingan, kebaikan dan       hikmah disyariatkan sesuatu ibadat itu ke atas manusia.

·         Dengan mengingati bahawa ibadat adalah kewajipan seorang makhluk             kepada Penciptanya.

KONSEP DAN FALSAFAH IBADAH
6.2.1      Ciri kesempurnaan ibadat :
·       Niat kerana Allah SWT, niat adalah syarat amalan diterima Allah. Belajar kerana Allah mendapat pahala, tetapi belajar kerana sijil tidak mendapat pahala.
·       Memenuhi tuntutan hukum syarak.  Jika amalan yang dilakukan bertentangan dengan syariat Islam, perbuatan itu adalah haram dan tidak dikira sebagai ibadat, walaupun niat melakukan kerana Allah.  Contoh bekerja di kedai arak dengan niat untuk menyara hidup keluarga.
·       Memenuhi peraturan dalam ibadat. Peraturan dalam ibadat seperti rukun, syarat dan sunat sesuatu ibadat perlu dipenuhi.  Misalnya solat Asar empat  rakaat tidak boleh diubah sesuka hati menjadi tiga rakaat.
·       Ihsan semasa melakukan ibadat. Maksudnya melakukan ibadat dengan betul dan sempurna mengikut syarat dan peraturannya.
·       Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat.  Setiap amalan mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh, sekiranya dilakukan sambil lewa, tidak mendapat tempat di sisi Allah SWT.
6.2.2      Tujuan ibadat:
·         Untuk mendapat keredaan Allah SWT.
·         Untuk mendapatkan ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat.
·         Bagi mencapai kebahagiaan hidup, Menerusi pelaksanaan ibadat,seseorang   itu akan diredhai Allah yang membawa kepada rasa tenteram dan bahagia.
·         Untuk menunaikan hak Allah SWT ke atas manusia.Allah SWT sebagai           pencipta dan pemilik kita mempunyai hak untuk disembah oleh makhluk           ciptaannya.
6.2.3      Kesan ibadat tanpa syariat :
·         Merosakkan ibadat.  Ibadat tanpa mengikut syariat adalah ibadat yang tidak     mengikut peraturan,  Ibadat ini adalah sia-sia dan ditolak Allah SWT.
·         Membawa kepincangan iman.  Ibadat yang tidak sah  sama seperti tidak           menunaikan ibadah yang menyebabkan kepincangan iman.
·         Tidak mendapat pahala dan keredaan Allah kerana ibadat yang dilakukan         tidak diiktiraf di sisi Allah. 
6.2.4      Kesan syariat tanpa ibadat :
Maksudnya melakukan sesuatu perbuatan mengikut peraturan syarak tetapi bukan tujuan ibadat.  Perbuatan ini mendatangkan kesan-kesan buruk iaitu:
·       Dilaknat oleh Allah SWT kerana syariat dicipta untuk menghubungkan manusia dengan penciptanya.
·       Merosakkan syariat  kerana syariat sepatutnya dilakukan kerana beribadat kepada Allah
·       Menimbulkan huru-hara  dan salah faham dalam masyarakat.  Orang yang melakukan syariat bukan untuk beribadat sebenarnya   melakukan syariat mengikut fahaman sendiri dan ini adalah penyelewengan  ajaran Islam . Ini akan membawa huru-hara dalam masyarakat.

MEMAHAMI KONSEP MUNAKAHAT
6.3.1      Pengertian  perkahwinan dan falsafah munakahat.
·         Pengertian perkahwinan dari segi syarak – ikatan yang teguh antara lelaki       dan perempuan melalui aqad nikah yang sah untuk hidup sebagai suami         isteri.
·         Falsafah Munakahat – suatu ikatan suami isteri untuk membina keluarga dan   menjaga keturunan umat manusia secara sah dan bertanggungjawab.

6.3.2             Dalil tuntutan berkahwin
·         Dalil Surah Ar-Rum:21

6.3.3             Konsep kekeluargaan dalam Islam
·         Dapat memupuk semangat bertanggungjawab
·         Dapat mengatur kehidupan dengan baik
·         Mengembangkan dakwah Islamiah
·          Mencegah gejala sosial dan mengembangkan generasi soleh.

6.3.4             Tanggungjawab setiap ahli keluarga.
Ø  Tanggungjawab Suami
o   Memberi mas kahwin
o   Memberi nafkah zahir dan batin
o   Memberi Layanan baik kepada isteri
o   Memberikan didikan agama kepada isteri
Ø  Tanggungjawab isteri
o   Mentaati suami selagi tidak bertentangan dengan syarak
o   Memberi layanan yang baik kepada suami
o   Menjaga maruah suami
o   Menjaga harta benda suami
Ø  Tanggungjawab ibu bapa
o   Memelihara dan mendidik anak
o   Bertolak ansur dalam membuat keputusan
o   Memberi layanan yang saksama kepada ahli keluarga
o   Memberikan kasih saying kepada anak-anak tanpa pilih kasih
Ø  Tanggungjawab anak
o   Menghormati dan mematuhi nasihat serta tunjuk ajar ibu bapa
o   Menjaga maruah keluarga
o   Patuh ajaran agama
o   Berbakti kepada kedua ibu bapa
o   Menjauhi perbuatan mungkar
6.3.5             Kepentingan perkahwinan kepada individu dan masyarakat.
a.    Individu
·         Memberi ketenangan
·         Membentuk sikap bertanggungjawab
·         Mendapat keturunan yang sah
·         Melaksanakan tuntutan agama
b.    Masyarakat
·         Lahir masyarakat bertanggungjawab
·         Hidup maju, aman dan harmoni
·         Wujud ikatan persaudaraan
·         Terpelihara daripada kekacauan
6.3.6             Keistimewaan institusi kekeluargaan
·         Menjaga nasab dan keturunan manusia
·         Mewujudkan kerjasama antara suami dan isteri dalam mendidik anak
·         Menyelamatkan masyarakat daripada keruntuhan moral dan penyakit           merbahaya.
·         Melahirkan ketenangan jiwa.
6.3.7             Punca keutuhan perkahwinan.
·         Mengamalkan perintah agama
·         Melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga
·         Berusahan mencari rezeki
·         Membina sikap saling mempercayai, persefahaman, kasih sayang dan         tolak ansur antara suami isteri.
6.3.8             Punca keruntuhan rumahtangga.
·         Tidak melaksanakan tanggungjawab
·         Malas berusaha untuk memenuhi keperluan keluarga
·         Tiada persefahaman dan tolak ansur antara suami isteri
·         Kurangnya penghayatan agama dalam diri suami isteri
6.3.9             Cara-cara mengekalkan keharmonian rumahtangga.
·         Setiap pasangan mestilah bertanggungjawab antara satu sama lain
·         Bersedia member maaf dan tidak membesarkan isu-isu remeh
·         Segera menyelesaikan masalah yang timbul dengan merujuk kepada           yang pakar supaya tidak berlarutan.
·         Mengukuhkan ekonomi dan keluarga
·         Berusaha menyayangi ahli keluarga

MEMAHAMI KONSEP JINAYAT
6.4.1      Pengertian jinayat menurut Islam.
·       Maksud jenayah – ialah segala perbuatan samada terhadap diri, nyawa, agama, harta dsb yang diharamkan oleh syarak
6.4.2      Dalil-dalil berkaitan jinayat. Surah An-Nahlu:126
6.4.3             Jenis-jenis hukum jinayah menurut Islam ialah :
a)    Hudud – Hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan wajib dilaksanakan sebagai hak Allah SWT.
b)    Qisas – Hukuman yang ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia kerana ia kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.
c)    Takzir –
i)             Hukuman yang dijatuhkan ke atas orang yang membuat kesalahan atau maksiat yang tidak ditetapkan kadar dan bentuknya oleh syarak (atau)
ii)            Hukuman yang dikenakan  ke atas penjenayah kes hudud atau qisas tetapi tidak cukup syarat untuk melaksanakannya
d)    Diat – Denda yang telah ditetapkan oleh syarak sebagai menggantikan  qisas yang tidak dilaksanakan.

BIL
JENIS HUKUM JENAYAH
KESALAHAN
HUKUMAN

1

Hudud









·         Berzina
·         Muhsan – rejam sampai mati
·         Ghairu Muhsan – sebat 100 rotan
·         Mencuri
·         Potong tangan
·         Minum arak
·         Sebat 40-80 rotan
·         Murtad
·         Bunuh
·         Qazaf (menuduh perempuan yang baik berzina tanpa 4 orang saksi)
·         Sebat 80 rotan
·         Bughah (Pemberontak)
·         Dijatuhkan hukuman bunuh
·         Diperangi
·         Merompak


·         Bunuh balas jika membunuh tapi tidak merompak.
·         Jika merompak dan membunuh hendaklah dibunuh dan disalib
·         Jika merampas harta tanpa membunuh – dipotong tangan dan kaki bersilang
·         Jika mengganggu ketenteraman awam – dipenjara

2

Qisas


·         Bunuh
·         Sengaja – Dibunuh balas/ diyat (jika dimaafkan)
·         Tidak sengaja – 100 ekor unta
·         Separuh sengaja – 100 ekor unta

·         Mencederakan anggota badan
·         Dibalas
·         Diyat  unta/ kaffarah

·         Hirabah
(Perusuh dan ganggu keamanan)
·         Dibunuh
·         Disalib
·         Dipotong tangan dan kaki bersilang
·         Dibuang negeri

3

Takzir (hukuman jenayah melainkan hudud dan qisas)
·         Semua kesalahan yang tiada dalam hukuman hudud dan qisas.
·         Kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti
·         Nasihat
·         Teguran oleh hakim
·         Ancaman/ amaran
·         Pemulauan
·         At-Taubikh (mencela/ pengisytiharan umum)
·         Buang daerah
·         Denda
·         Penjara
·         Sebat
·         Salib
·         Bunuh
4
Diyat (denda menggantikan qisas)
·         Semua jenis kesalahan qisas
·         100 ekor untuk kesalahan membunuh atau senilai dengannya
·         Bilangan unta berdasarkan kategori kecederaan

6.4.4             Menerangkan kepentingan qisas, hudud, takzir, dan diat.
·         Menyedar dan menginsafkan pesalah
·         Menjaga harta dan hak orang lain daripada dicerobohi
·         Memberi teladan dan iktibar
·         Memelihara kesucian agama
·         Menjamin keselamatan dan keamanan orang ramai
o        Menjamin kesejahteraan dan keamanan masyarakat
o        Memelihara jiwa dan tubuh badan orang yang tidak berdosa
o        Bukti keadilan Allah
o        Menjauhkan rasa tidak puas hati waris mangsa
o        Memberi teladan dan ikhtibar kepada orang ramai
§         Mewujudkan masyarakat dan Negara yang harmoni.
§         Memberi pengajaran kepada pesalah dan kesedaran kepada masyarakat
§         Menunjukkan Islam sentiasa mengambil berat kelakuan umatnya.
v       Mewujudkan sifat bertolak ansur dan bermaaf-maafan
v       Sebagai satu jaminan sosial untuk melindungi masyarakat
v       Peluang kepada penjenayah untuk bertaubat
v       Pengajaran kepada masyarakat agar menjauhi jenayah
v       Bukti Islam menganjurkan bermaafan.
6.4.5             Perbandingan hukum jinayat mengikut Islam dengan bukan Islam.

BIL
HUKUM JENAYAH ISLAM
HUKUM JENAYAH BUKAN ISLAM
1
Ciptaan Allah SWT
Digubal berdasarkan pendapat dan pengalaman manusia
2
Perlaksanaannya mendapat berkat dan redha Allah
Tiada keberkatan dan rahmat Allah
3
Kuasa pengampunan hukum qisas adalah hak keluarga mangsa
Kuasa pengampunan adalah milik mahkamah pihak pemerintah

5 comments: