Tuesday, July 14, 2015

SEM 6: PERUNDANGAN ISLAM SIRI 1


Disusun Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/1.00pm

PENGERTIAN PERUNDANGAN ISLAM DAN FALSAFAH

5.1.1      Pengertian dan dalil perundangan Islam. ( al- Maidah : 49 )
·      Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia yang mencakupi segala aspek kehidupan manusia merangkumi aqidah, syariah, akhlak dsb bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. 
     Surah al- Maidah : 49:
5.1.2      Keunggulan Perundangan Islam
·         Undang-undang ciptaan Allah, maka ianya sempurna dan selamat dari         sebarang kekurangan dan kelemahan.
·         Lengkap dan sesuai untuk semua individu dan semua aspek kehidupan       manusia .
·         Hukuman yang adil dan setimpal kepada sesiapa yang melakukan      kesalahan tanpa mengira pangkat, kedudukan dan keturunan seseorang.
·         Undang-undang ini tetap dan tidak berubah hingga ke hari kiamat.
·         Mendidik jiwa manusia kerana undang-undang bertujuan mendidik jiwa       dan bukan menghukum semata-mata.
·         Memelihara keselamatan masyarakat dan negara kerana undang-undang   ini boleh mencegah perbuatan-perbuatan negatif.
·         Hukuman bersifat memberikan pengajaran kerana dijalankan di khalayak     ramai.
5.1.3             Keperluan Perundangan Islam.
(a)  Individu :
·         Individu yang patuh kepada Undang-undang Islam akan hidup dalam keberkatan.
·         Individu yang patuh kepada Undang-undang Islam akan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
(b)  Masyarakat :
·         Kurang berlaku jenayah
·         Keharmonian hidup dalam masyarakat terpelihara
·         Keselamatan harta dan nyawa terpelihara.
(c)  Negara :
·         Negara aman dan harmoni
·         Ekonomi semakin berkembang
·         Negara akan bertambah makmur dan maju.

5.1.4             Sumber Perundangan Islam.
·         Al Quran
·         Al Hadis
·         Al-Ijmak
·         Al-Qias

5.1.5             Sebab al-Quran dan al-hadis menjadi sumber rujukan utama perundangan Islam.
·         Al Quran dan hadis mempunyai kebenaran yang tidak dapat disangkal.
·         Al Quran dan hadis sesuai pada semua tempat dan zaman.
·         Kandungan kedua-duanya merangkumi semua aspek kehidupan manusia   seperti muamalah, jenayah, akhlak, dan sebagainya.
5.1.6             Membezakan antara sistem perundangan Islam dengan perundangan ciptaan manusia. 

PERUNDANGAN ISLAM
PERUNDANGAN CIPTAAN MANUSIA
Ciptaan Allah SWT
Ciptaan manusia
Bersifat universal
Bersifat sementara dan untuk tempat yang tertentu sahaja
Al Quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama
Akal manusia sebagai sumber rujukan utama
Lengkap dan merangkumi kejayaan dunia dan akhirat
Merangkumi dunia sahaja
Mengingkarinya berdosa dan mematuhinya mendapat pahala
Melanggarnya akan dikenakan tindakan di dunia

5.1.7.  Faedah melaksanakan Perundangan Islam :
(a) Individu :
·         Lahir insan yang bertanggungjawab dan bertakwa
·         Dikasihi dan diberkati oleh Allah SWT
·         Terjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat
(b) Masyarakat :
·         Terpelihara daripada perpecahan dan permusuhan
·         Lahir hubungan yang erat  dalam masyarakat tanpa mengira agama dan budaya.
·         Wujud keamanan dan keharmonian dalam masyarakat
( c) Negara :
·         Keamanan dan kedaulatan negara mantap dan terpelihara
·         Negara dihormati oleh negara luar

·         Negara bertambah maju dan makmur

PENGERTIAN QADHA, FIQAH, IJTIHAD DAN FATWA
5.2.1      Pengertian qadha, fekah, ijtihad dan fatwa.
(i)           Qadha
·       Pengertian qadha ialah hukuman yang diputuskan oleh kadi atau penguasa.  Contohnya kadi atau penguasa menjatuhkan hukuman sebat kepada orang yang sabit  (dibuktikan) kesalahan meminum arak.
·       Pesalah yang telah dibuktikan bersalah perlu dikenakan hukuman yang wajar mengikut kesalahannya.  Hukuman ini perlu untuk menjamin  keadilan ditegakkan dan masyarakat dapat hidup dengan aman dan harmoni.
·      Qadha atau hukuman yang diputuskan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak yang bergaduh secara adil dan dihormati kedua-dua pihak.
·       Qadha dalam perundangan Islam diputuskan berdasarkan dalil-dalil dan hujah yang benar.
(ii)    Fekah
·                  Pengertian Fekah ialah kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan              (diputuskan) oleh para mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak.
·                  Kefahaman tentang hukum amali ini membolehkan individu memahami suruhan    dan larangan Allah.
·                  Adanya kefahaman tentang hukum ini membolehkan umat Islam melaksanakan     Undang-undang Islam tanpa keraguan.
(iii) Ijtihad
·             Pengertian ijtihad ialah sesuatu pendapat atau pandangan yang dikeluarkan  oleh seseorang mujtahid atau beberapa orang mujtahid tentang sesuatu hukum syarak dengan cara mengambil pengajaran atau pemahaman  tertentu hasil penilaian dan perbahasan bersungguh-sungguh tentang  dalil-dalil yang ada serta suasana semasa sesuatu tempat.
·             Ijtihad dibenarkan dalam Islam berpandukan Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Apabila seseorang hakim memutuskan sesuatu hukuman dan dia berijtihad serta tepat ijtihadnya, baginya dua pahala.  Dan jika tersalah, baginya satu pahala.”
·            Ijtihad membolehkan hukum diputuskan bagi masalah yang tiada dinyatakan di           dalam Al Quran dan Hadis secara langsung.
·            Ijtihad dapat mengelakkan pertelingkahan dalam menyelesaikan masalah.
(iv) Fatwa
·            Pengertian fatwa ialah keputusan yang dikeluarkan oleh majlis fatwa berkaitan          dengan sesuatu hukum syarak terhadap permasalahan yang berlaku.
·            Majlis fatwa adalah satu badan yang dilantik leh pihak kerajaan. Contoh –contoh         fatwa : hukuman bunuh kepada pengedar dadah, hukum haram pengklonan               manusia, hukum harus menderma organ badan manusia dan lain-lain lagi.
·            Fatwa membolehkan masalah yang tiada hukumnya dalam al-Quran dan hadis          diputuskan secara cermat dan mengelakkan masyarakat berpegang pada                  pendapat atau hukum yang dikeluarkan oleh individu.
5.2.2             Perbezaan antara fatwa dan ijtihad:

FATWA
IJTIHAD
Dikeluarkan oleh majlis fatwa
Dikeluarkan oleh individu yang berkelayakan dan berwibawa
Mempunyai kesan penguatkuasaan undang-undang
Tidak mempunyai kesan penguatkuasaan undang-undang
Al Quran dan hadis sebagai rujukan utama
Merujuk kepada pelbagai sumber
Berkaitan dengan hukum-hukum agama
Berkaitan dengan hal umum yang berkaitan dan yang tidak berkaitan dengan agama
  
5.2.3       Kebaikan qadha, fekah, ijtihad dan fatwa.
(i) Qadha :
     ·         Hukuman yang dijatuhkan berdasarkan dalil-dalil dan hujah yang benar.
     ·         Keputusan yang dibuat wajar dan adil
(ii) Fekah :
·         Umat Islam dapat melakukan ibadat tanpa keraguan
·         Hukum Islam dapat berkembang dan sesuai dilaksanakan dengan masa, tempat dan keadaan.
·         Fekah menyebabkan hukum Islam sesuai diamalkan dalam kehidupan manusia.
(iii) Ijtihad :
·         Sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan mengikut kaedah Islam.
·         Hukum Islam dapat berkembang berterusan.
(iv)Fatwa :
·         Melahirkan umat Islam sentiasa berfikir dalam mencari kebenaran.
·         Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan harmoni.
·         Sebarang masalah yang  timbul dapat diselesaikan mengikut kaedah Isalm.

MATLAMAT PERUNDANGAN ISLAM
5.3.1.    Matlamat Perundangan Islam.
·       Memelihara agama .  Perundangan Islam dapat memelihara kesucian agama Islam .  Kesucian agama Islam mesti dipertahankan kerana Islam adalah agama Allah S.W.T. 
·       Memelihara nyawa . Nyawa adalah anugerah yang sangat bernilai kepada manusia.  Islam menjaga hak seseorang manusia untuk hidup bebas dari sebarang ancaman yang mengancam nyawa dan keselamatan anggota badannya
·       Memelihara akal.  Kesempurnaan dan kewarasan akal amat dititikberatkan  dalam Islam  kerana akal penentu kepada segala tindakan manusia.  Sebarang tindakan yang boleh mengganggu kesempurnaan akal dilarang dalam Islam.
·       Memelihara harta benda.  Islam mengiktiraf pemilikan harta seseorang individu.  Islam menetapkan peraturan yang melarang perbuatan mencerobohi harta.  Contoh, hukuman potong tangan kepada pencuri.
·       Memelihara keturunan .
Manusia perlu mengetahui asal-usulnya, iaitu keturunannya dengan jelas.
Sebarang perbuatan yang merosakkan kesucian keturunan dan kesinambungan keturunan adalah dilarang dalam Islam.  Contohnya Islam melarang zina dan liwat .
·      Memelihara kehormatan diri
Ketinggian akhlak dan budi pekerti  seseorang individu amat dititikberatkan dalam Islam.  Sebab itu Islam melarang umatnya berakhlak buruk seperti hasad dengki, sombong diri, melakukan perbuatan sia-sia,menghina dan menjatuhkan maruah seseorang.
·       Memelihara keharmonian negara.  Keamanan dan keharmonian negara bergantung kepada kesejahteraan rakyatnya,  Islam telah membuat peraturan khusus untuk pemerintah dan rakyat demi menjamin keharmonian tersebut.

5.3.2.    Kepentingan matlamat perundangan Islam :
·      Memelihara agama. Memelihara agama sangat penting untuk memelihara kesucian agama dan akidah dari terpesong.
·       Memelihara nyawa.  Memelihara nyawa penting untuk memastikan kesejahteraan  dan keharmonian hidup manusia.
·       Memelihara akal.  Memelihara akal dapat menjamin kesempurnaan dan kewarasan akal yang menjadi penentu tindak tanduk manusia.
·       Memelihara keturunan penting untuk memastikan pembentukan generasi yang baik.
·       Memelihara harta benda dapat menjamin kebajikan dan keharmonian hidup masyarakat terpelihara.
·       Memelihara kehormatan diri penting untuk melahirkan individu dan masyarakat yang berakhlak mulia.
·       Memelihara keharmonian negara sangat penting untuk menjamin keamanan dan kemajuan negara.

5.3.3.    Cara mencapai matlamat perundangan Islam:
·         Berpegang teguh dengan peraturan Allah SWT
·         Mengamalkan cara hidup Islam
·         Bertindak mengikut ajaran Islam
·         Mencintai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat
·         Melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan harian
·         Berfikir, mengkaji dan mengakui kebenaran ajaran Islam
5.3.4.    Menyatakan kesan pencapaian matlamat perundangan Islam
(i)   Individu :
·         Menjadi orang yang percaya dan patuh kepada Allah SWT.
·         Hidup diberkati dan diredhai Allah
·         Mencapai kecemerlangan dalam kehidupan dunia
(ii)  Masyarakat :
·         Hidup dalam keadaan aman dan sejahtera
·         Suasana aman dan harmoni dapat diwujudkan.
(iii) Negara :
·         Aman, maju dan kuat.
·         Negara luar menghormati negara Islam.

PENGERTIAN HUKUM WAJIB, HARAM, SUNAT, MAKRUH DAN HARUS
Pengertian hukum wajib, haram, makruh, sunat dan harus :
·       Wajib.  Suruhan-suruhan Allah SWT yang jika ditunaikan akan mendapat ganjaran pahala dan jika ditinggalkan akan diberi balasan seksa atau dosa.  Contohnya solat fardu lima waktu dan puasa Ramadan.
·       Haram.  Larangan atau tegahan Allah SWT.  Pelakunya akan mendapat balasan dosa dan  orang yang meninggalkannya akan mendapat ganjaran pahala.  Contohnya minum arak dan berzina.
·       Makruh.  Perkara yang sangat digalakkan agar ditinggalkannya.  Ganjaran pahala akan diberikan bagi yang meninggalkannya namun tidaklah berdosa bagi yang mengerjakannya.  Contohnya, membasuh anggota wuduk lebih dari tiga kali.
·       Sunat.  Suruhan Allah SWT yang sangat  digalakkan untuk melaksanakannya.  Jika melakukannya akan mendapat pahala dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Contohnya seperti solat sunat hari raya dan bersedekah.
·       Harus.  Perkara yang diberi kebebasan kepada seseorang samada untuk melakukannya ataupun meninggalkannya.
Beza antara satu hukum dengan hukum yang lain:
Wajib
·         Suruhan Allah SWT yang wajib dilaksanakan.
·         Melakukan suruhan Allah SWT akan mendapat balasan pahala.
·         Meninggalkannya mendapat balasan dosa.
Haram
·         Suruhan Allah SWT yang wajib ditinggalkan
·         Melakukan perkara ini berdosa dan azab yang pedih
·         Meninggalkan perkara haram akan mendapat pahala
Sunat
·         Perkara yang digalakkan oleh agama untuk dilakukan
·         Mendapat pahala jika dilakukan
·         Meninggalkannya tidak berdosa
Makruh
·         Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan
·         Meninggalkan mendapat pahala
·         Dilakukan tidak mendapat dosa
Implikasi pelanggaran hukum wajib, haram dan makruh:
·         Implikasi pelanggaran hukum wajib :
-      Mendapat kemurkaan dan balasan azab yang pedih.
-      Individu itu akan rasa resah gelisah (hilang ketenangan jiwa)
-      Amalan yang dilakuakn terpesong daripada kebenaran.
-      Mendatangkan masalah dan kerosakan dalam masyarakat.
·         Implikasi pelanggaran hukum haram :
-      Manusia sentiasa berkeinginan untuk melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT.
-      Manusia menjadi resah gelisah dan sering ditimpa masalah dalam hidup.
-      Hilang sifat belas kasihan sesama insan.
-      Tidak mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT.
·         Implikasi pelanggaran hukum makruh :
-      Tidak disukai masyarakat
-      Perbuatan yang hamper tiada faedah kepada pembuatnya.
-      Menghalang seseorang daripada mendapat pahala
-      Menyebabkan individu melakukan pembaziran.

2 comments: