Wednesday, July 15, 2015

SEM 6 : PENYELESAIAN MASALAH IKUT ISLAM SIRI 1


Disusun Oleh:
Drs.Norazli Bin Aziz
15/7/2015/Rabu/3.00 am

ASAS DAN PERTIMBANGAN PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
7.1.1.   Pengertian penyelesaian masalah.
·         Menyelesaikan masalah manusia berasaskan syariat Islam yang                     merangkumi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial dan                   perundangan.

7.1.2.   Matlamat penyelesaian masalah
Ø  Individu
·         Menambahkan keyakinan dan keimanan seseorang kepada Allah           SWT
·         Menguatkan keimanan kepada Allah SWT
·         Memberi ketenangan jiwa kerana masalah dapat diselesaikan dengan   baik.
·         Membangkitkan semangat juang dalam diri untuk menghadapi               kehidupan seharian
Ø  Negara
·         Memajukan Negara dari segi ekonomi, politik dan sosial
·         Mengukuhkan perpaduan rakyat
·         Menghapuskan kemungkaran dan gejala sosial
7.1.3.   Keperluan penyelesaian masalah secara Islam
·         Islam agama yang lengkap dan sempurna yang ajarannya meliputi             semua aspek kehidupan
·         Penyelesaian masalah secara Islam bersifat menyeluruh
·         Islam menyelesaikan masalah manusia daripada dunia hingga akhirat
·         Bersifat adil kepada semua manusia
7.1.4.   Sumber penyelesaian masalah
·         Al-Quran
·         As-Sunnah
·         Ijmak
·         Qias
7.1.5.  Kemampuan Islam menyelesaikan masalah:
·         Ajaran Islam mempunyai peraturan-peraturan hidup yang lengkap yang  mencakupi semua aspek kehidupan .

·         Ajaran Islam dapat menyelesaikan sesuatu secara terperinci.  Ia            mengandungi seluruh persoalan hidup manusia yang mencakupi            penyelesaian-penyelesaian bagi permasalahan hidup manusia dari  sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara.

CARA PENYELESAIAN MASALAH :
Langkah-langkah penyelesaian masalah :
a)    Mengenalpasti masalah sebenar yang timbul, agar masalah yang wujud dapat betul-betul diketahui dan dikesan untuk mencari cara penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut.
b)    Mengenalpasti punca  wujudnya masalah tersebut untuk   lebih memudahkan penyelesaian masalah.
c)    Mengenalpasti pilihan dalam menyelesaikan masalah, memilih langkah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah.
d)    Menguji pilihan penyelesaian masalah yang terbaik.  Ini adalah langkah susulan bagi langkah yang sebelumnya.
e)    Melaksanakan tindakan.  Apabila pilihan cara penyelesaian masalah telah dibuat, langkah seterusnya ialah melaksanakan tindakan tersebut bagi menyelesaiakn masalah yang wujud.
f)     Melakukan penilaian.  Penilaian dilakukan setelah semua langkah telah dibuat untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan cara penilaian tersebut.

Perlakuan dalam penyelesaian masalah..
Perlakuan yang mesti ada dalam menyelesaikan masalah ialah :
a)    Niat.  Perlu ada niat dalam hati untuk berusaha menyelesaikan masalah yang timbul.
b)    Azam.  Azam yang jitu dalam diri untuk bersungguh-sungguh dan berusaha dengan gigih untuk menyelesaiakan masalah tersebut.
c)    Tindakan.  Tindakan mesti dilakukan kerana niat dan azam sahaja tidak akan dapat menyelsaikan masalah.
d)    Tawakal.  Setelah tindakan atau usaha dibuat untuk menyelesaikan masalah, perlu ada tawakal iaitu berserah segalanya kepada Allah SWT.
e)    Muhasabah.  Merupakan penilaian terhadap usaha yang dilakukan bagi menilai sejauh mana keberkesanan.
7.2.3.   Amalan dalam penyelesaian masalah:
a)    Merujuk Al Quran kerana Al Quran merupakan sumber penyelesaian masalah yang utama.
b)    Merujuk Al Hadis kerana Al Hadis merupakan rujukan umat Islam dalam menyelesaikan masalah yang tidak terdapat penerangannya dalam al-Quran.
c)    Adanya tindakan pemerintah.  Pemerintah bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh rakyatnya. Dalam menyelesaikan masalah , pemerintah hendaklah meletakkan hukum syarak  sebagai panduan dan melantik seorang yang bertanggungjawa dan berkemahiran dalam menyelesaikan masalah.
d)    Menyampaikan nasihat yang bijaksana.  Cara nasihat yang diberikan perlulah dengan hikmat dan bijaksana, lembut dan berkesan.
e)    Berdakwah.  Dakwah ialah menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.  Setiap individu bertanggungjawab untuk berdakwah.
f)     Berpendidikan agama.  Setiap insan yang mempunyai pendidikan agama mudah untuk dibentuk dan masalah yang timbul mudah diselesaikan.
g)    Sentiasa berdoa  kepada Allah SWT agar cara penyelesaian  yang digunakan berjaya menyelesaikan masalah.
h)   Kesungguhan bekerja, sesuatu pekerjaan yang  dilakukan dengan bersungguh-sungguh dapat menyelesaikan masalah, contohnya masalah kemiskinan.

PENYELESAIAN MASALAH SEMASA
MASALAH KEMISKINAN :
·         Kemiskinan bermaksud keadaan seseorang yang mempunyai pendapatan yang tidak           mencukupi untuk menampung keperluan asas hidup.
·         Langkah-langkah menangani kemiskinan :
-      Menguasai pelbagai ilmu dan kemahiran hidup
-      Berbelanja mengikut keperluan dan bukannya kehendak.
-      Islam mewajibkan umatnya membayar zakat dan ini boleh digunakan untuk membantu golongan miskin.
-      Islam menyuruh umatnya bekerja dengan bersungguh-sungguh dan tekun.
-      Pihak kerajaan dan pihak yang berkemampuan perlu menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
-      Islam menggalakkan umatnya bersedekah dan memberikan bantuan kepada golongan yang susah.
MASALAH  GEJALA SOSIAL :
·       Maksud gejala sosial  adalah suatu gejala yang telah mengakibatkan berlakunya ketidak tentuan sistem kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara. Gejala sosial yang berlaku akhir-akhir ini telah meruntuhkan sifat semulajadi manusia.
·       Di Malaysia, kita dapat mengenal pasti terlalu banyak gejala sosial yang berlaku. Saban hari kita didedahkan tentang gejala-gejala sosial yang berlaku di media-media massa dan media elektronik. Di antara gejala yang kerap kita dengari adalah :
1.      Merempit
2.      Membuang anak
3.      Seks luar nikah
4.      Bergaduh di sekolah
5.      Berdisko
6.      Minum minuman keras
7.      Ponteng sekolah

·         Punca-punca gejala sosial :
-       Kurang asas pendidikan agama
-       Kurang perhatian dan pendidikan ibu bapa tentang akhlak
-       Sistem masyarakat yang bersifat individualistik
-       Masyarakat yang mementingkan materialistik.

·         Langkah-langkah mengatasi masalah gejala sosial :
-       Ibubapa perlu memastikan anak-anak mendapat asas pendidikan agama yang sepatutnya.
-       Ibubapa juga perlu  mendidik anak-anak menurut cara pendidikan Islam.
-       Ibubapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran keibubapaan.
-       Masyarakat. perlu disedarkan tentang matlamat hidup sebenarnya ialah untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya kerana mahu mendapat habuan dunia.
-       Pihak kerajaan mengadakan banyak program yang dapat menyedarkan ibubapa dan masyarakat tentang peranan mereka untuk mengatasi masalah gejala sosial.

MASALAH PENDEDAHAN AURAT :
·         Pendedahan aurat terutamanya di kalangan wanita sangat berleluasa sekarang ini dan banyak menimbulkan kesan negatif  kepada masyarakat.  Kesan-kesan buruk pendedahan aurat :
-       Hilangnya perasaan  malu di kalangan wanita
-       Timbulnya masalah lain seperti pergaulan bebas dan perzinaan
-       Berlakunya  aktiviti-aktiviti yang mempergunakan kaum wanita seperti yang berlaku dalam industri pengiklanan, pakaian, perfileman . industry hiburan ,acara sukan dan lain-lain.
-       Berlaku masalah gangguan seksual terhadap kaum wanita di tempat-tempat kerja dan kenderaan awam.
·         Kebaikan  menutup aurat :
-       Kehormatan diri akan terpelihara  dan membezakan dengan orang yang  berakhlak buruk.
-       Dapat mengelakkan daripada berlakunya aktiviti-aktiviti mempergunakan kaum wanita.
-       Dapat menghindari masalah gangguan seksual di tempat kerja dan kenderaan awam.

MASALAH RASUAH :
·          Masalah rasuah berlaku secara berleluasa di kalangan masyarakat dan kurang disedari keburukannya.  Sedangkan rasuah adalah dosa besar yang diancam dengan azab keras di akhirat.
·            Sebab-sebab berlakunya rasuah :
-       Sikap pentingkan diri sendiri
-       Mengejar kekayaan secara cepat
-       Tiada sikap tanggungjawab
-       Mementingkan kebendaan
·            Kesan buruk rasuah :
-       Menjatuhkan maruah diri
-       Hilang keberkatan dalam hidup
-       Mendapat balasan buru di dunia dan di akhirat
-       Meruntuhkan ekonomi negara
-       Melahirkan pekerja yang tidak berkualiti.

MEMAHAMI KELEBIHAN MENYELESAIKAN MASALAH MENURUT ISLAM

Kelebihan Penyelesaian Masalah Menurut Islam.
·         Meneguhkan keimanan dan kepercayaan kepada Allah SWT kerana               merujuk kepada syariat Allah SWT.
·         Mewujudkan keadilan dan kestabilan dalam kehidupan bermasyarakat
·         Menjamin perpaduan dan ukhwah Islamiah(persaudaraan Islam)
·         Mewujudkan keharmonian dan ketenangan dalam kehidupan masyarakat.
·         Membangkitkan dan menghidupkan semangat daya juang dan motivasi           yang tinggi.

Ciri-ciri Penyelesaian Masalah Menurut Islam.:
·       Penyelesaian dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu dengan cara menghapuskan punca utama yang menimbulkan masalah itu untuk mengurangkan kebarangkalian masalah berulang kembali.
·      Menepati kehendak syarak, persoalan mengenai akudah, hukum halal dan haram serta akhlak Islam diambil kira .
·      Merujuk kepada orang yang berilmu
·       Dilakukan dengan bersungguh-sungguh

Perbezaan  penyelesaian masalah secara Islam dan bukan Islam.
Secara Islam
Secara bukan Islam (konvensional)
      1.    Sumber rujukan utama al-Quran dan           hadis.
      2.    Bermatlamatkan kejayaan dunia dan           akhirat 
      3.    Kesannya dapat menambahkan                   keimanan
      4.    Penyelesaian berteraskan nilai-nilai             akhlak yang murni.
      5.    Penyelesaian dibuat menyeluruh                 sehingga ke akar umbi.
     1.    Sumbernya berpandukan kefahaman            rasional manusia yang terbatas.
     2.    Bersifat keduniaan dan sementara
     3.    Tidak mendapat rahmat Allah SWT
     4.    Lebih kepada mengikut sentimen dan          emosi.
     5.    Penyelesaian dibuat melibatkan                    masalah yang zahir sahaja.

No comments:

Post a Comment